Cara Menternak Ikan Keli Afrika Sebenarnya Sangat Mudah

cara menternak ikan keli afrika

Pasaran ikan keli di semenanjung Malaysia sememangnya tinggi dan sentiasa mendapat permintaan ramai. Keli adalah salah satu frozen food yang mendapat permintaan tinggi ke negara China dan Dubai. Ini seperti yang dinyatakan oleh Lembaga Pertubuhan Ladang (LPP) yang akan memasarkan ikan keli sebanyak 180 tan sebulan. Permintaan yang semakin meningkat ini menjadi perhatian para penternak tempatan. Bagi yang masih baru dalam dunia penternakan ikan air tawara khususnya keli, di sini saya kongsikan cara menternak ikan keli yang sangat mudah.

Ikan keli afrika tidak asing lagi di negara ini sejak ia mula diternak pada 1988. Bibit ikan keli afrika juga tidak susah untuk dicara. Pasaran semasa juga anak ikan keli yang bersaiz 1 inci hanya 15 sen-30 sen. Tempoh matang ikan ini juga hanya sekitar 2 – 3 bulan. Bergantung dengan pemakanan. Soal tempat penternakan ikan keli, tidak perlu risau kerana ikan jenis ini adalah yang paling mudah untuk dijaga. Ikan keli afrika tahan lasak dengan pelbagai persekitaran dan cuaca.

Ada beberapa kaedah popular yang banyak digunakan oleh penternak ikan keli. Kosnya juga tidak terlalu mahal untuk pemula. Antaranya:

  1. Kolam tanah
  2. Kolam simen
  3. Tangki kanvas
  4. Tangki kaca (fibreglass)
cara menternak ikan keli afrika
Kolam Tanah

Sekiranya anda memiliki tanah yang luas dan berdekatan dengan saliran air yang mengalir, adalah lebih baik menggunakan kaedah kolam tanah. Anda hanya perlu korek kolam tidak kurang 3 kaki dalam. Kemudian isi air yang sedang-sedang cetek. Cara menternak ikan keli Afrika seperti ini banyak digunakan di pedalaman. Keli lebih sesuai hidup di kolam yang cetek dan berlumpur. Itu menjadikanya lebih sihat dan cepat membesar. Soal makanan keli tidak perlu risau, hampir semua benda dia akan makan termasuk pucuk ubi, sisa bilis, dan lemak haiwan. Hanya dalam masa 3 bulan saiz keli akan mencapai kematangan dan boleh dipasarkan.

Kaedah-kaedah lain juga hampir sama konsepnya dengan kolam tanah, air yang cetek dan pemakanannya. Soal air kolam yang sering mudah menjadi kehijauan bukanlah perkara pelik. Ikan keli yang badanya melekit dengan rembesan cecair seperti hingus menyebabkan air kolam menjadi sedemikian. Penternak tidak perlu menukar air dengan kerap dalam kaedah ini.

cara menternak ikan keli afrika
Kolam Simen
cara menternak ikan keli afrika
Kolam Kanvas
cara menternak ikan keli afrika
Kolam Fibreglass

Cara menternak ikan keli afrika sebenarnya terlalu mudah. Meskipun banyak keterangan yang bersifat akademik dan saintifik mengenai kaedah penternakan ikan ini, namun sebenarnya tidaklah sesukar mana. Anda boleh cuba di belakang rumah anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*