Cara Menggunakan Uber Aplikasi Mudah dan Pantas

cara menggunakan uber

Cara Menggunakan Uber Malaysia

Uber merupakan syarikat pengangkutan antarabangsa yang dikendalikan melalui sistem aplikasi telefon bimbit. Sistem ini direka oleh seorang ahli perniagaan Canada bernama Garret Camp pada awal tahun 2009. Pada tahun yang sama, ia mendapat perhatian dari seorang pelabur dari U.S bernama Travis Cordell Kalanick. Kini, Travis merupakan CEO bagi Uber. Sistem Uber berkembang pesat seluruh dunia dan sudah mencapai nilai pelaburan sebanyak $50billion Dollar pada tahun 2015.

Di Malaysia, Uber pertama kali beroperasi pada tahun 2014. Ia masih baru berbanding teksi dan sistem pengangkutan sedia ada. Namun sambutan Uber sangat memberansangkan dan tidak lama lagi akan beroperasi di Kota Kinabalu Sabah. Seiring dengan perkembangan semasa, Gen-Y adalah antara pengguna teramai selain daripada pelancong asing. Ini kerana generasi muda kini sangat sinonim dengan penggunaan aplikasi telefon bimbit. Walaubagaimanapun, masih ramai yang agak kekok dengan sistem Uber. Terutamanya bila melibatkan bayaran melalui potongan akaun bank. Di sini admin ingin kongsikan cara-cara menggunakan Uber melalui sistem aplikasi.

Cara Menggunakan Uber Seperti Susunan Langkah di Bawah:

1.) Play Store
Pastikan telefon bimbit anda yang canggih itu mempunyai Play Store kerana anda perlu muat turun sistem aplikasi Uber melaluinya. Anda juga boleh memuat turun melalui Google online tetapi dengan Play Store lebih mudah.

2.) Sign up
Anda perlu daftarkan email, nombor telefon, nombor kad bank (contoh: Maybank) seperti arahan yang diberikan. Anda juga boleh mengabaikan pendaftaran nombor kad bank sekiranya memilih untuk bayar tunai.

3.) Guna aplikasi
Setelah proses mendaftar selesai, anda terus boleh menggunakan aplikasi Uber. Ingat! Apabila anda membuka aplikasi ini, Uber map akan segera mengenalpasti kedudukan anda. Biar di mana sekali pun, peta akan tetap menunjukkan kedudukan semasa anda.

4.) Masa
Ramai yang keliru berkenaan sistem Uber. Ia tidak sama dengan kereta sewa atau teksi yang memerlukan proses tempahan (booking) awal. Sekiranya anda ingin melanggan Uber, pastikan anda dalam keadaan benar-benar bersiap sedia untuk menuggu Uber. Jangan melanggan ketika anda baru nak mandi. Once anda request Uber, potongan akaun anda akan berlaku sekiranya tidak dibatalkan segera (sebelum pemandu sampai ke lokasi anda).

Ingat! Jang lupa untuk membca Terma dan Syarat sebelum muat turun aplikasi Uber. Baik, sekiranya anda ingin menggunakan Uber, ini cara seterusnya untuk menggunakan aplikasi Uber:

5.) Tetapkan lokasi
Biasanya anda tidak perlu lagi menetapkan lokasi anda kerana aplikasi ini sudah mengesan kedudukan semasa anda. Namun sekiranya anda ingin tetapkan ke lokasi yang dijangka untuk menunggu kereta Uber, anda boleh tetapkanya sahaja dengan memilihh atau menaip lokasi yang boleh dicapai oleh peta aplikasi Uber.

beza uber dan grabcar

6.) Request Uber
Tekan request, aplikasi anda akan memprosesnya.

7.) Tetapkan destinasi
Dalam proses request itu tadi, sebelum Uber menetapkan pemandu terdekat, anda perlu menetapkan destinasi yang ingin dituju. Pastikan lokasi dan destinasi adalah tepat kerana ini akan menjadi panduan pemandu untuk mengambil dan menghantar anda. Jarak yang ditetapkan juga mempengaruhi jumlah bayaran anda kepada Uber.

8.) Pembayaran
Pembayaran akan dipotong terus melalui akaun bank yang didaftarkan. Anda hanya perlu naik dan turun kereta. Friendly bukan? Anda juga tidak perlu risau kerana resit bayaran akan dihantar terus melalui Uber History dalam aplikasi Uber anda. Sekiranya anda membayar dengan wang tunai, resit tetap dihantar dalam Uber History.

Penggunaan Uber meningkat mendadak sistem ini sangat mesra dengan teknologi semasa. Boleh dikatakan agak ketinggalan sekiranya pemain teknologi android khususnya golongan muda tidak mengetahui penggunaanya. Sedikit perkongsian berkenaan cara menggunakan Uber Application ini semoga memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*