Budaya Bisnes China 8 Fakta Penting Ini Wajib Anda Tahu

budaya bisnes china

Negara China bukan lagi asing dalam dunia perniagaan. Mereka merupakan antara negara yang terkehadapan dalam bidang perindustrian dan perniagaan. Bagi rakyat Malaysia, China adalah Negara pengeluar barangan murah. Bagi negara Amerika, China adalah pengeluar barangan tiruan. Namun, bagi seorang ahli perniagaan, China merupakan rakan niaga yang sangat berpotensi. Sekiranya anda adalah seorang ahli perniagaan yang berhasrat untuk memulakan bisnes di Negara China, ini ada 8 budaya yang anda wajib ketahui! Budaya Bisnes China.

1) Kepentingan konsep GUANXI

Ia memberi makna hubungan yang rapat antara dua pihak yang melakukan urusan perniagaan. Apabila seseorang berjaya membina hubungan baik dengan seorang peniaga, maka ia memudahkanya untuk membina lagi hubungan bisnes kepada pihak lain. Biasanya anda memerlukan 1 hingga 2 tahun untuk membina hubungan rapat ini.

2) Jaga air muka

Bagi bangsa Cina, maruah adalah perkara yang sangat diutamakan. Ia melambangkan kemuliaan di hadapan khalayak. Oleh itu, elakkan dari melakukan perkara yang boleh menjatuhkan air muka rakan niaga anda dari negara China seperti mengkritik mereka di hadapan ramai, mentertawakan mereka di hadapan ramai atau mengabaikan mereka. Jika ini berlaku, bersedialah untuk berhenti berurusan niaga dengan mereka.

3) Semuanya mesti dicatat!

Bangsa negara China adalah bangsa yang teliti dan ‘Documentation Culture’. Mereka tidak mahu urusan-urusan berkaitan bisnes dibiarkan tanpa catatan dan bukti. Ini termasuklah email dan segala perjanjian yang terlibat. Jika perkara ini anda gagal lakukan, bermakna anda akan gagal membina GUANXI.

4) Etika bisnes kad

Bertukar-tukar bisnes kad adalah satu tindakan yang mulia bagi bangsa negara China. Mereka biasanya menggunakan dua tangan semasa menghulurkan kad. Anda juga harus melakukan sedemikian. Ia konsep yang mulia. Sekiranya mereka datang dan menghulurkan kad ketika anda duduk, sebaiknya anda berdiri dan menerimanya dengan dua tangan. Amalan ini mewujudkan ekpresi yang saling menghormati antara dua ahli perniagaan.

5) Melakukan aktiviti bermakna selepas urusan bisnes

Kerana pentinganya GUANXI, anda jangan menolak sekiranya rakan niaga anda membawa melakukan beberapa aktiviti luar daripada hal bisnes seperti bersukan, berhibur dan travel. Ini penting untuk membina hubungan lebih rapat di samping dapat diambil kesempatan untuk saling mengenali secara peribadi agar dapat mempelajari budi pekerti masing-masing.

6) Penekanan terhadap jawatan

Di China, jawatan merupakan aspek yang sangat penting dalam menjalankan hubungan perniagaan. Sekiranya pertemuan antara dua pihak yang melakukan kerjasama bisnes, satu pihak mewakilkan presiden, maka yang satu pihak lagi mestilah juga mewakilkan presiden. Ia satu perkara yang dianggap tidak sopan sekiranya presiden ditemukan dengan wakil yang lebih rendah taraf atau jawatan itu.

7) Pakaian ahli perniagaan.

Seperti mana-mana negara lain, di China anda juga harus menampakkan imej pakaian yang kemas dan bersesuaian dengan bidang perniagaan. Ia sebagai tanda respek dan kesungguhan anda dalam bidang ini. Di China, menanggalkan tali leher setelah tamat waktu berkerja (perniagaan) menandakan anda sangat seronok dan berpuas hati.

8) Hospitality

Apabila ahli perniagaan China sedang dalam makan, elakkan mereka membuat permintaan makanan atau mengisi makanan yang sudah dihabiskan. Ini bermakna, anda hendaklah memastikan supaya mereka sentiasa dicukupi dari segi penyediaan makanan atau minuman. Dalam tradisi China, gelas teh yang dituang hendaklah sentiasa penuh dan diisi apabila berkurangan. Dalam budaya China juga, sekiranya mereka sebagai tetamu meminta refill semula makanan atau minuman, bermakna mereka ingin meminta diri. Situasi ini juga dianggap bahawa tuan rumah kehilangan muka (dimalukan).

budaya bisnes china

Pertumbuhan ekonomi global menampakkan China semakin terkehadapan dan sedang merampas kuasa ekonomi daripada AS. Sebagai seorang yang berfikiran bisnes, peluang sentiasa diintip agar dapat mencapai objektif keuntungan. Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu anda mengenali budaya bisnes China dalam dunia perniagaan seterusnya dapat memulakan langkah melebarkan hubungan bisnes bersama mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*