Benarkah Pokok Ini Tempat Rasulallah Berteduh?

benarkah pokok ini tempat rasulallah berteduh

Seperti gambar di atas, benarkah pokok ini tempat Rasulallah berteduh?

Nama Pokok: Pokok Al-Baqi’awiyyah di Mafraq

Pokok ini dikatakan menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berteduh ketika baginda mengikuti rehlah bersama Abu Talib.

Tetapi adakah benar perkara ini?

Menurut Pengkaji Sejarah Jordan, Ustaz Ibrahim Musa Al-Zaqrathi yang juga merupakan bekas Ketua Bahagian Kajian Seni di Pusat Geografi Jordan,

Pokok Al-Baqi’awiyah yang terdapat di Mafraq yang dipercayai bahawa Nabi Muhammad pernah berteduh di bawahnya ketika rehlah ke Sham adalah tidak sahih.

ISLAM GLOBAL: Krisis Qatar dan Arab Saudi Bakal Cetus Perang Dunia?

Kerana menurut kajian yang dilakukan terhadap pokok itu, didapati bahawa usia pokok itu adalah 520 tahun.

Jadi bagaimana pokok ini boleh menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berteduh jika usianya lebih muda?

Kedua adalah jalan tersebut bukanlah laluan pedagang pada zaman dahulu.

Bahkan tidak ada bukti yang menunjukkan tempat tersebut pernah dilalui atau menjadi persinggahan mana mana pedagang dalam perjalanan mereka ke Sham.

Wallahu’alam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*