Amaran Virus Ransomware ‘Wannacry’ Majlis Keselamatan Negara

amaran virus ransomware

Susulan daripada serangan terbaru virus paling merbahaya tahun 2017 di luar negara yang mana telah menggelapkan keseluruhan operasi beberapa syarikat besar, hari ini Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan Amaran Virus RANSOMWARE ‘Wannacry’. 

Malaysia mula mengesan ancaman virus tersebut dan MKN telah memberikan amaran kepada seluruh pengguna internet termasuk mahasiswa universiti dan portal rasmi kerajaan. Susulan daripada itu, beberapa portal rasmi kerajaan tidak dapat diakses seperti laman PISMP IPG, BLOG, ADSENSE dan sebagainya.

Pengguna internet dinasihati agar mengambil langkah berhati-hati kerana kesan daripada virus ini boleh menyebabkan kehilangan data penting. Oleh itu pengguna harus melakukan langkah seperti berikut:

  1. Jangan membuka klik atau attachment dalam email yang tidak dikenali
  2. Update Patch Windows PC anda
  3. Update definition Antivirus PC anda dan,
  4. Membuat backup data.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*